Home » » Umar bin Abdul Aziz r.a. (61 – 101 H)

Umar bin Abdul Aziz r.a. (61 – 101 H)

Saat itu tengah malam di kota Madinah. Kebanyakan warga kota sudah tidur. Umar bin
Khatab r.a. berjalan menyelusuri jalan-jalan di kota. Dia coba untuk tidak melewatkan
satupun dari pengamatannya. Menjelang dini hari, pria ini lelah dan memutuskan untuk
beristirahat. Tanpa sengaja, terdengarlah olehnya percakapan antara ibu dan anak
perempuannya dari dalam rumah dekat dia beristirahat.
“Nak, campurkanlah susu yang engkau perah tadi dengan air,” kata sang ibu.
“Jangan ibu. Amirul mukminin sudah membuat peraturan untuk tidak menjual susu yang
dicampur air,” jawab sang anak.
“Tapi banyak orang melakukannya Nak, campurlah sedikit saja. Tho insyaallah Amirul
Mukminin tidak mengetahuinya,” kata sang ibu mencoba meyakinkan anaknya.
“Ibu, Amirul Mukminin mungkin tidak mengetahuinya. Tapi, Rab dari Amirul Mukminin
pasti melihatnya,” tegas si anak menolak.
Mendengar percakapan ini, berurailah air mata pria ini. Karena subuh menjelang,
bersegeralah dia ke masjid untuk memimpin shalat Subuh. Sesampai di rumah,
dipanggilah anaknya untuk menghadap dan berkata, “Wahai Ashim putra Umar bin
Khattab. Sesungguhnya tadi malam saya mendengar percakapan istimewa. Pergilah kamu
ke rumah si anu dan selidikilah keluarganya.”
Ashim bin Umar bin Khattab melaksanakan perintah ayahndanya yang tak lain memang
Umar bin Khattab, Khalifah kedua yang bergelar Amirul Mukminin. Sekembalinya dari
penyelidikan, dia menghadap ayahnya dan mendengar ayahnya berkata,
“Pergi dan temuilah mereka. Lamarlah anak gadisnya itu untuk menjadi isterimu. Aku
lihat insyaallah ia akan memberi berkah kepadamu dan anak keturunanmu. Mudahmudahan
pula ia dapat memberi keturunan yang akan menjadi pemimpin bangsa.”
Begitulah, menikahlah Ashim bin Umar bin Khattab dengan anak gadis tersebut. Dari
pernikahan ini, Umar bin Khattab dikaruniai cucu perempuan bernama Laila, yang
nantinya dikenal dengan Ummi Ashim. Suatu malam setelah itu, Umar bermimpi. Dalam
mimpinya dia melihat seorang pemuda dari keturunannya, bernama Umar, dengan kening
yang cacat karena luka. Pemuda ini memimpin umat Islam seperti dia memimpin umat
Islam. Mimpi ini diceritakan hanya kepada keluarganya saja. Saat Umar meninggal,
cerita ini tetap terpendam di antara keluarganya.
Pada saat kakeknya Amirul Mukminin Umar bin Khattab terbunuh pada tahun 644
Masehi, Ummi Ashim turut menghadiri pemakamannya. Kemudian Ummi Ashim
menjalani 12 tahun kekhalifahan Ustman bin Affan sampai terbunuh pada tahun 656
Maserhi. Setelah itu, Ummi Ashim juga ikut menyaksikan 5 tahun kekhalifahan Imam
Ali bin Abi Thalib r.a. Hingga akhirnya Muawiyah berkuasa dan mendirikan Dinasti
Umayyah.
Pergantian sistem kekhalifahan ke sistem dinasti ini sangat berdampak pada Negara Islam
saat itu. Penguasa mulai memerintah dalam kemewahan. Setelah penguasa yang mewah,
penyakit-penyakit yang lain mulai tumbuh dan bersemi. Ambisi kekuasaan dan kekuatan,
penumpukan kekayaan, dan korupsi mewarnai sejarah Islam dalam Dinasti Umayyah.
Negara bertambah luas, penduduk bertambah banyak, ilmu pengetahuan dan teknologi
berkembang, tapi orang-orang semakin merindukan ukhuwah persaudaraan, keadilan dan
kesahajaan Ali, Utsman, Umar, dan Abu Bakar. Status kaya-miskin mulai terlihat jelas,
posisi pejabat-rakyat mulai terasa. Kafir dhimni pun mengeluhkan resahnya,
“Sesungguhnya kami merindukan Umar, dia datang ke sini menanyakan kabar dan bisnis
kami. Dia tanyakan juga apakah ada hukum-hukumnya yang merugikan kami. Kami
ikhlas membayar pajak berapapun yang dia minta. Sekarang, kami membayar pajak
karena takut.”
Kemudian Muawiyah membaiat anaknya Yazid bin Muawiyah menjadi penggantinya.
Tindakan Muawiyah ini adalah awal malapetaka dinasti Umayyah yang dia buat sendiri.
Yazid bukanlah seorang amir yang semestinya. Kezaliman dilegalkan dan tindakannya
yang paling disesali adalah membunuh sahabat-sahabat Rasul serta cucunya Husein bin
Ali bin Abi Thalib. Yazid mati menggenaskan tiga hari setelah dia membunuh Husein.
Akan tetapi, putra Yazid, Muawiyah bin Yazid, adalah seorang ahli ibadah. Dia
menyadari kesalahan kakeknya dan ayahnya dan menolak menggantikan ayahnya. Dia
memilih pergi dan singgasana dinasti Umayah kosong. Terjadilah rebutan kekuasaan
dikalangan bani Umayah. Abdullah bin Zubeir, seorang sahabat utama Rasulullah
dicalonkan untuk menjadi amirul mukminin. Namun, kelicikan mengantarkan Marwan
bin Hakam, bani Umayah dari keluarga Hakam, untuk mengisi posisi kosong itu dan
meneruskan sistem dinasti. Marwan bin Hakam memimpin selama sepuluh tahun lebih
dan lebih zalim daripada Yazid.
Kelahiran Umar bin Abdul Aziz
Saat itu, Ummi Ashim menikah dengan Abdul Aziz bin Marwan. Abdul Aziz adalah
Gubernur Mesir di era khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 – 705 M) yang merupakan
kakaknya. Abdul Mallik bin Marwan adalah seorang shaleh, ahli fiqh dan tafsir, serta raja
yang baik terlepas dari permasalahan ummat yang diwarisi oleh ayahnya (Marwan bin
Hakam) saat itu.
Dari perkawinan itu, lahirlah Umar bin Abdul Aziz. Beliau dilahirkan di Halawan,
kampung yang terletak di Mesir, pada tahun 61 Hijrah. Umar kecil hidup dalam
lingkungan istana dan mewah. Saat masih kecil Umar mendapat kecelakaan. Tanpa
sengaja seekor kuda jantan menendangnya sehingga keningnya robek hingga tulang
keningnya terlihat. Semua orang panik dan menangis, kecuali Abdul Aziz seketika
tersentak dan tersenyum. Seraya mengobati luka Umar kecil, dia berujar,
“Bergembiralah engkau wahai Ummi Ashim. Mimpi Umar bin Khattab insyaallah
terwujud, dialah anak dari keturunan Umayyah yang akan memperbaiki bangsa
ini.“
Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil. Beliau sentiasa berada di
dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fikih
dan juga ulama-ulama. Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil. Merantau ke
Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh
terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b.
Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa
tokoh terkenal di Mesir.
Semasa Khalifah Walid bin Abdul Malik memerintah, beliau memegang jawatan
gabernur Madinah/Hijaz dan berjaya mentadbir wilayah itu dengan baik. Ketika itu
usianya lebih kurang 28 tahun. Pada zaman Sulaiman bin Abdul Malik memerintah,
beliau dilantik menjadi menteri kanan dan penasihat utama khalifah. Pada masa itu
usianya 33 tahun.
Umar bin Abdul Aziz mempersunting Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan sebagai
istrinya. Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan adalah putri dari khalifah Abdul Malik
bin Marwan. Demikian juga, keempat saudaranya pun semua khalifah, yaitu Al Walid
Sulaiman, Al Yazid, dan Hisyam. Ketika Fatimah dipinang untuk Umar bin Abdul Aziz,
pada waktu itu Umar masih layaknya orang kebanyakan bukan sebagai calon pemangku
jabatan khalifah.
Pengangkatan Umar bin Abdul Aziz sebagai Khalifah
Atas wasiat yang dikeluarkan oleh khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, Umar bin Abdul
Aziz diangkat menjadi khalifah pada usianya 37 tahun. Beliau dilantik menjadi Khalifah
selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan
tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan
sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila
mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau
mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian
beliau berkata:
“Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta
pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta
tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang
kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”.
Tiba-tiba orang ramai serentak berkata:
“Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu.
Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan”.
Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia
dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada
mereka: “Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati
dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai
sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam
memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati
aku”. Setelah itu beliau turun dari mimbar.
Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian
beliau berkata kepada mereka: “Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya
pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim
yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?” Lalu mereka menjawab:
“Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan
kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya.” Walau
bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau
menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul
Malik yang berkata kepada beliau: “Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan
kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak
mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang
mengambilnya secara zalim.” Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau
mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.
Sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul Mukminin, Umar
langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah, isteri tercinta.
Umar berkata kepadanya, “Isteriku sayang, aku harap engkau memilih satu di antar dua.”
Fatimah bertanya kepada suaminya, “Memilih apa, kakanda?”
Umar bin Abdul Azz menerangkan, “Memilih antara perhiasan emas berlian yang kau
pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu.”
Kata Fatimah, “Demi Allah, Aku tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya
Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku.”
Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan
menyerahkannya ke Baitulmal, kas Negara kaum muslimin. Sementara Umar bin Abdul
Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa, yaitu roti dan garam sedikit.
Setelah menjadi khalifah, beliau mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada
sistem feodal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang
disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat
suci al-Quran
2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan
mengembalikannya ke Baitulmal
3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai
yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) menghapuskan pegawai pribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh
Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa
sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar
yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat menitilberatkan tentang kebajikan rakyat miskin di mana
beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai
kerajaan.
Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah
lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan
solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum
Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-
Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar
mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW. Beliau juga meriwayatkan
hadis dari sejumlah tabiin lain dan banyak pula ulama hadis yang meriwayatkan hadis
daripada beliau.
Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya
menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek,
Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar
hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada rajaraja
India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di
samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas
orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan
keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau ingin semua rakyat dilayani dengan
adil tidak memandang keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan
sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman
kakeknya, Khalifah Umar Al-Khatab.
Pada masa pemerintahan beliau, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan
dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan
menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang
yang mahu menerima zakat. Rakyat umumnya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya
mau berdikari sendiri. Pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ra, pasukan kaum
muslimin sudah mencapai pintu kota Paris di sebelah barat dan negeri Cina di sebelah
timur. Pada waktu itu kekausaan pemerintahan di Portugal dan Spanyol berada di bawah
kekuasaannya.
Kematian beliau
Beliau wafat pada tahun 101 Hijrah ketika berusia 39 tahun. Beliau memerintah hanya
selama 2 tahun 5 bulan saja. Setelah beliau wafat, kekhalifahan digantikan oleh iparnya,
Yazid bin Abdul Malik.
Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: “Kamu telah sedia
maklum bahwa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang
menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan
dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan.”
Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan
budinya. Di antaranya ialah :
1) At-Tirmizi meriwayatkan bahwa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku
(zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan
akan memenuhkan dunia dengan keadilan”
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah
menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat
imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul
Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata
: “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : “Jika
seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah
kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah
Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah
kepadanya”.
4) Qais bin Jabir berkata : “Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah
seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun”
5) Hassan al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama dengan
sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”
6) Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia
sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata
kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu”. Tetapi
tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah
menjadikan rakyatnya kaya-raya”
7) ‘Atha’ telah berkata : “Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap malam.
Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat,
kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada
jenayah di antara mereka.”
Wallahu a’lam…

0 komentar:

Posting Komentar

Recent Post

Hikmah

Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.

Salman al Farisi (az Zuhd, Imam Ahmad)

Tinggalkan Pesan


ShoutMix chat widget

Popular Posts

Pengunjung

Download ebook gratis